Ketika menyebutkan ciri-ciri orang yang bertakwa, Allah SWT berfirman yang ertinya, “Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan selalu memohonkan ampunan di waktu pagi sebelum fajar.” (QS. Adz Dzariyat: 17-18)
Kerana pentingnya solat malam ini Allah berfirman kepada Nabi-Nya yang ertinya, “Hai orang yang berselimut, bangunlah pada sebagian malam (untuk solat), separuhnya atau kurangi atau lebihi sedikit dari itu. Dan bacalah Al-Qur’an dengan tartil.” (QS. AlMuzammil: 1-4)
Berikut ini adalah beberapa keutamaan solat malam dengan tujuan agar seseorang lebih bersemangat dan terdorong hatinya untuk mengerjakannya dan selalu mengerjakannya.
1. Salah satu hal yang menjadi sebab masuk syurga.
Rasulullah SAW bersabda, “Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makanan, sambunglah tali persaudaraan dan solatlah ketika manusia terlelap tidur pada waktu malam nescaya engkau akan masuk syurga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah)
2. Menaikkan darjat di syurga.
Rasulullah SAW bersabda, “Sungguh di dalam syurga terdapat kamar-kamar yang bahagian dalamnya terlihat dari luar dan bahagian luarnya terlihat dari dalam. Kamar-kamar itu Allah sediakan bagi orang yang memberi makan, melembutkan perkataan, mengiringi puasa Ramadhan (dengan puasa sunat), menebarkan salam dan mengerjakan soolat malam ketika manusia lain terlelap tidur.” (HR. At Tirmidzi)
3. Penghapus dosa dan kesalahan.
Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kalian melakukan solat malam, karena solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian, dan ibadah yang mendekatkan diri pada Tuhan kalian serta penutup kesalahan dan sebagai penghapus dosa.” (HR. At Tirmidzi)
4. Solat yang paling utama setelah solat fardhu.
Rasulullah SAW bersabda, “Solat yang paling utama setelah solat wajib adalah sholat malam.” (HR. Muslim)
5. Kemulian orang yang beriman dengan solat malam.
Ketika Jibril datang pada Rasulullah SAW lalu berkata, “Hai Muhammad, kemuliaan orang beriman adalah dengan solat malam. Dan kegagahan orang beriman adalah sikap mandiri dari bantuan orang lain.” (HR. Al Hakim)
Akan tetapi disayangkan kebanyakan kaum muslimin meninggalkan solat malam (tahajud) yang bererti telah menyia-nyiakan keutamaan yang telah Allah sediakan disebabkan kemalasan yang ada pada mereka atau pun tergoda dengan gemerlapnya dunia. Dalam riwayat Imam Bukhari disebutkan bahawa ketika Rasulullah ditanya tentang seorang yang tidur sepanjang malam sampai waktu subuh, maka Rasulullah SAW bersabda, “Dia adalah seorang yang kedua telinganya dikencingi oleh syaitan.” Hal ini adalah penghinaan syaitan baginya, lalu bagaimana seorang yang bangun setelah waktu subuh??? Wallohu Musta’an.
Sunday, March 17, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment