Wednesday, February 22, 2012
Selamat Ulang Tahun ke 50 Ibu. Al-Fatihah.
Assalam semua..
Lama dah rasenya tak aku layangkan jari jemari menulis di blog aku ni.. Kalau dulu tiap2 bulan pun rase ade je benda yang nak aku share kan.. But now dah tak excited macam sebelumnya.. Aku menaip kali ini dengan penuh rasa sebak yang masih tersisa di hati. Besok adalah hari kelahiran arwah ibuku yang sepatutnya untuk ke 50. Tahun2 sebelumnya aku dah sibuk mencari hadiah tuk di beri pada arwah ibuku yang amat aku sayangi. Tepat pukul 12 malam nanti pasti kami semua berebut2 nak wish kat arwah ibu termasuklah abah.. Pagi2 lagi ibu akan call semua bagitaw sape yang 1st wish dalam nada sangat happy sebab rase di hargai. Kalau wish dekat FB pun ibu akan reply dengan sgt happy. Dulu tatkala pulang kerja memang seronok layan ibu kat FB.. Ucapan terakhir aku buat ibu adalah ucapan Hari Ibu.. Bila tgk balik post tu aku tak tahu dimana kekuatan itu aku dapat tuk terus aku melangkah. Mungkin kerna kau masih punya abah dan adik2.. Merekalah semangat tuk aku terus bernafas dan melangkah di atas bumi yang fana ini.. Mereka juga harus kuatkan semangat kerna masih punya aku. Tapi besok dah tiada lagi suara yang amat aku rindui itu aku dengari dengan nada seperti sebelumnya kerna ibu telah pergi mengadap Ilahi Yang Maha Agung pada tanggal 2 Jun yang lalu bersamaan 1 Rejab nan indah di malam Jumaat. Semoga ibu mendapat rahmat dengan dijemput Izrail di hari penghulu segala hari ini.Denggi mungkin hanya penyebab untuk Allah menjemput ibu yang sangatlah ibu yang hebat dab terbaek yang tak mungkin lagi dapat aku peluk tubuhnya, tak mungkin dapat lagi aku kucup pipinya, kini setiap kali aku menziarahi pusara ibu hanya mampu aku kucup nisan selaku tugu tanda bersemadinya insane yang menjadi perantara aku pada dunia demi tanggungjawab aku terus beribadat dan mengakui keEsaan penciptaKu. Ku kucup dengan rasa pilu nisan ibu di bahagian kakinya kerna di situlah letaknya syurgaku. Ku pohon agar ibu memaafkan setiap kekhilafan aku kerna aku bukan seorang anak yang baek. Adakala aku membantah teguran ibu. Andai ku tahu Ya Allah sekejap cuma Kau pinjamkan ibu padaku akan aku usahakan untuk tidak menyakiti perasaan ibu. Tidak sempat tuk aku pohon ampun kerna perginya ibu tika koma. Akak sangat rindu dan sayangkan ibu. Rindu yang tidak lagi berbalas. Setiap kali ku tatap gambar ibu aku terasa bagai semalam ibu masih denganku. Terasa ibu begitu dekat dengan aku. Mulai tahun ni hanya bacaan Yassin dan insyaAllah majlis tahlil mampu kami kirimkan buat bekalan ibu di sana. Ya Allah ku yakini ibu tenang di sana dengan izinMu. Sayangilah ibu seperti mana ibu menyayangi kami. Payungi roh ibu di bawah rahmatMu sepertimana Kau memayungi roh2 mereka yang soleh. Ku rayu Ya Allah, ampunilah dosa2 besar mahupun kecil yang telah arwah ibu lakukan, tempatkan lah ibu di dalam syurgaMu nan indah, jauhkan ibu dari seksa kubur dan seksa api nerakaMu Ya Allah. Ku rayu dengan penuh rasa hina selaku hambaMu yang selalu zalim ke atas diriku sendiri Ya Allah, tenangkanlah ibu dalam menjawab setiap satu soalan yang diajukan para malaikatMu. Terang dan lapangkanlah kubur arwah ibuku seluas mata memandang. Kau temukan kami sekeluarga Ya Allah di taman syurgaMu kelak. Bagi kami yang masih di sini Ya Allah ku pohon jua agar Kau ampuni jua dosa2 besar mahupun dosa2 kecil kami, janganlah Kau aibkan cara kematian kami, berikan kami jutaan rahmatMu dan jutaan hidayahMu. Bukakanlah seluas2nya pintu rezekiMu yang halal dan berkat kepada kami.. Kurniaakanlah rezeki itu melimpah ruah ke atas kami. Namun jangan Kau lalaikan kami dengan nikmat dunia yang sementara ini. Jangan Kau jadikan kami hambaMu yang kabur mata dan gelap hati demi mencari kesenangan dan kemewahan dunia. Jadikanlah kesenangan kami untuk kami berbakti ke jalanMu menuju akhirat Ya Allah. Jadikanlah setiap tarikan nafas kami adalah kecintaan kepadaMu, jadikanlah motivasi kami dalam hidup ini member manfaat sebanyak mungkin bagi keluarga & umat islam serta jadikanlah tujuan hidup kami untuk memperbaiki diri kami, keluarga kami & umat menuju redhaMu hingga akhir hayat kami dengan khusnul khotimah dalam pelukan kasih sayangMu. Ya Allah kuatkan hati aku, abah dan adik2ku menempuh hari2 mendatang tanpa ibu. Walau makin jauh ibu dengan kami kasih sayang ibu tak kan pernah luntur.. darahnya mengalir dalam tubuh kami anak2nya.. kasih sayangnya dia tinggalkan pada kami untuk abah. Ya Allah ku pohon berikan kami bertiga masa untuk membalas jasa abah kerna kami tak punya masa untuk itu buat ibu tersayang. Ku yakini Ya Allah sebaek2 aturan adalah aturan dariMu. Terselit hikmah yang amat besar.. Selamat Ulang Tahun Ibu yang ke 50. Amanlah hendaknya roh ibu di sana menghadap Allah Yang Maha Agung. Di sana juga kami akan kembali bu.. Kami akan jua menurut jejak ibu.. Al-Fatihah dan Yassin penghubung kasih sayang kami dan tanda ingatan tak putus kami pada ibu terutamanya hari esok.. Itulah hadiah kami buat ibu, buat pertama kalinya. Al-Fatihah..
Subscribe to:
Posts (Atom)